Begini Cara Masaknya,Resipi Bubur Butir Nangka Sedap…

Wow… Jom buat Bubur Butir Nangka! Manisan ini sangat senang untuk dimasak. Rasanya yang enak berlemak menjadikan ia sebagai manisan wajib cuba. Bagi yang belum pernah merasa keenakan Bubur Butir Nangka ini, saudari Miza Ramli Full ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara dan bahan yang diperlukan.


CARA MEMASAK BUBUR BUTIR NANGKA YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung pulut
  • 180gm air
  • 2/3 titis pewarna hijau (boleh juga guna air kisaran daun pandan)
  • 200ml santan kotak
  • 250gm air
  • 60gm gula melaka
  • 5gm gula
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh halba ( abaikan jika tidak suka)
  • 2 cubit garam

CARA MEMASAK:

1.Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu.

2.Satukan tepung air dan pewarna. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

3.Gentelkan adunan tadi menjadi bujur kemudian masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Ulang sehingga habis adunan.

4.Bila adunan butir nangka sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Ulang hingga semua habis.

5.Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan gula. Masak santan hingga berbuih.

6.Kemudian masukkan halba. Kacau lagi hingga menggelegak.

7.Kemudian masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah. Kacau bagi sebati adunan.

8.Bubur Butir Nangka siap untuk dinikmati.

Nota:

  • Jika tiada gula melaka, boleh buat Bubur Butir Nangka versi gula putih biasa sahaja. Nanti kuahnya akan jadi kuah putih. Rasa sama sedap dengan versi gula melaka ini.
  • Gula dan gula melaka mungkin boleh kurang atau lebihkan bergantung pada selera  sendiri.

Kredit resipi & foto: Miza Ramli Full