Berderai Elok & Lembut Macam Baru Masak-Cara Panaskan Nasi Sejuk

Tak ramai yang tahu cara panaskan nasi sejuk dengan betul. Jika salah cara, nasi akan menjadi kering dan tidak sedap untuk dimakan.


Selepas ini, jika ada lebihan nasi yang tidak habis, panaskan saja mengikut cara yang dikongsikan oleh Izz Ekin di bawah.

Jika menggunakan cara ini, nasi sejuk dijamin akan menjadi lembut dan berderai elok macam baru ditanak. Selamat mencuba!

CARA PANASKAN NASI SEJUK SUPAYA LEMBUT ELOK

“Pernah  ternampak pasal nasi cuci ini. Kebetulan 2 hari lepas masak nasi terlebih, simpan peti ais.

Musim panas ni makan nasi pun kurang. Selalu nasi sejuk saya kukus, tapi hari ini saya cuba cuci nasi itu, kemudidian masuk rice cooker. 

Hasilnya, nasi berderai cantik dan lembut macam nasi baru masak. Terima kasih pada yang berkongsi ilmu. “

Cara-caranya:

1. Cuci nasi sejuk seperti basuh beras.

2. Kemudian buang semua air dan masak nasi macam biasa di dalam periuk nasi.

cara panaskan nasi sejuk

3. Hasilnya, nasi elok berderai dan lembut elok sama seperti baru dimasak. Selamat mencuba!

cara panaskan nasi sejuk

Sumber: Izz Ekin