Beruang Dikuarantin Terpaksa Mengikuti Diet Makanan Yang Sihat Gara-Gara Mengalami Obesiti

Kita semua tahu bagaimana perasaannya apabila memulakan diet dan tidak dapat melupakan semua makanan sedap yang kita boleh makan. Sebab itu juga semua makanan sihat yang masuk ke dalam mulut rasa sungguh teruk.

Itulah yang dilalui oleh seekor beruang Asia yang terpaksa berdiet akibat dirinya yang obes. Beruang bernama Dillan itu diselamatkan oleh pusat perlindungan The Wild Animal di Pennsylvania. Dia kini dipaksa makan makanan yang sihat untuk memperbaiki kesihatannya dan menurunkan berat badan.

Menurut laporan pusat pelindungan itu di Twitter, beruang tersebut sebelum ini hidup dalam sangkar yang sempit yang tidak menyediakan banyak ruang untuk berjalan.

Ini menyebabkan berat badan Dillan bertambah sehingga dia mempunyai beberapa masalah kesihatan. Malah pada awalnya, dia sukar untuk bangun kerana kesakitan yang teruk pada kakinya dan perutnya besar mencecah ke lantai.

Beberapa hari yang lalu pula, beruang itu dibawa untuk pemeriksaan mulut kerana habit pemakanannya yang tidak sihat. Pemeriksa menemui banyak sisa makanan di celah giginya yang reput serta lubang saliran yang mengalami jangkitan.

Berikutan keadaannya itu pihak pusat pelindungan terpaksa memperkenalkan rutin kecergasan kepada Dillan untuk menurunkan berat badan.

Dalam foto dan video yang dikongsikan di media sosial, Dillan dilihat sedang memakan sayuran dan buah yang diberikan kepadanya, namun dia kelihatan tidak menikmati diet barunya itu.

Artikel Berkaitan   “Teknik RM5” Wanita Kongsi Rutinnya Simpan Duit Sebagai Suri Rumah, Hasilnya Akhir Tahun Dapat Beli Emas

Dillan juga diberikan buai gantung supaya dia dapat menggunakan tenaga untuk keluar dari buaian itu.

Sumber: Twitter, UNILAD