“Wahai Lelaki Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Kepada Wanita, Bahagia Macam Mana Pun, Sekali Terbuat Ia Sukar Dimaafkan”

Sebagai seorang isteri, tentunya anda mahukan kejujuran dan kesetiaan daripada seorang suami. Tiada isteri yang suka apabila ditipu oleh suami. Bagaimana seorang suami boleh menipu seorang isteri yang telah berpenat-lelah menjaga makan, minum, pakaian dan hal ehwal rumah tangga? Tiada rasa sayang dan simpatikah pada isteri?

Kadangkala, ada perbuatan suami yang mengguris hati isteri tanpa disedari. Mungkin bagi suami ia perkara biasa, namun tidak pada isteri. Mereka lebih gemar memendam perasaan dan menganggap suami akan memahami mereka. Bagi pihak suami pula, mereka tentunya tidak dapat membaca isi hati isteri jika tidak diberitahu kesalahan mereka.

Oleh itu, kami kongsikan perkara yang ramai tak sedar, terbuat dan boleh mengguris hati pasangan masing-masing. Jagalah hati pasangan anda ya! Elak lakukan perkara ini selagi boleh dielakkan.

  1. Jangan Berlebihan Dalam Memuji Orang Lain

Buat isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain di hadapan suami sendiri. Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.

Di samping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain di hadapan suaminya. Jangan cerita semua perkara tentang wanita lain terutamanya jika melibatkan aurat atau perkara sensitif. Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.

  1. Jangan Abaikan Pandangan Pasangan Anda

Memberikan komen terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun, melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar. Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perbalahan di antara suami isteri.

Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Di sebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memberi fokus kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.

Artikel Berkaitan   Kos Perubatan RM19,713 Jadi RM0 Kerana Lelaki Ini Sering Lakukan Perkara Ini Sebelum Ini

Kita boleh melihat diri kita di hadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin. Namun, apa aib kita di belakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.

Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.  Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.

  1. Elak Tinggikan Suara Pada Pasangan

Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap. Jika ia bertujuan untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul.

Kita sebenarnya hanya nak tunjuk ego. Malah, ia boleh menjatuhan air mukanya di hadapan orang ramai. Sebaiknya, panggillah dengan cara yang baik. Walau anda marah dan geram sekali pun, panggillah isteri dengan penuh kelembutan.

Ingatlah, jaga maruah pasangan dan diri sendiri juga. Pendekatan yang lembut akan membuatkan hubungan yang tegang menjadi baik. Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya.

Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya. Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan. Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya. Jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.

  1. Jangan Sesekali Menipu Pasangan

Amat pantang bagi kaum wanita jika ada orang yang suka menipu. Ketahuilah para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri. Jadi, mengapa mesti kita berbohong?

Artikel Berkaitan   Kucing Jadi Popular Di Media Social Gara-Gara Corak Badannya Macam Panda

Ia merupakan satu tabiat yang tidak baik. Ingatlah, orang yang bercakap bohong ini tiada tempat untuknya dalam syurga. Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya dan keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri.

Sentiasalah jujur dengan pasangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.

  1. Elak Rasa Diri Sendiri Sentiasa Betul

Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya. Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan. Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri.

Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan. Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.

  1. Jangan Selalu Tinggalkan Isteri Di Rumah

Perkara ini sangat penting. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami. Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah. Keadaan ini kadangkala boleh mengguris perasaannya. Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai.

Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya. Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita. Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama-kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.

Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.

Sumber: Aku Islam via https://www.pesonapengantin.my