Betul Ke Letak Botol Air Sirap Kat Rumah Kucing Takut Nak Datang Ke Rumah Tu?

Tak ramai yang gemar dengan kucing, sehingga memaksa mereka untuk menggunakan pelbagai cara untuk menghalang haiwan ini daripada datang melawat kawasan mereka.

Antara cara yang sering digunakan adalah dengan meletakkan botol air sirap di sekitar halaman rumah.

Namun begitu, adakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk menakutkan kucing, atau hanya sekadar mitos?

Memetik hantaran daripada portal Cats Away, antara signifikan meletakkan botol air sirap dengan menakutkan kucing ini adalah kerana kucing akan melihat pantulan wajahnya lebih besar dari dalam botol, membuatkan kucing rasa takut dan tidak lagi menghampiri botol berkenaan.

Selain air sirap, penduduk di negara Jepun meletakkan botol air kosong dikawasan laman rumah mereka.

Walaubagaimana pun, kaedah meletakkan botol ini dilihat tidak berkesan kepada sesetengah kucing, malah ada yang menendang botol sirap itu tanpa mempedulikannya.

Korang dah cuba ke?

Sumber: Cats Away

Artikel Berkaitan   Petua Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Di Tepi Tingkap Dan Lantai Dengan 3 Bahan Dapur Ini!