Keruntuhan akhlak remaja sekarang dilihat semakin membimbangkan. Tidak kira remaja di bandar mahupun di desa, keduanya sama sahaja terdedah dengan pelbagai gejala negatif.
Lebih membimbangkan jika perlakuan mereka semakin berani dengan mempermainkan agama. Hal ini bukan sahaja mencerminkan institusi masyarakat yang lemah, malahan didikan agama daripada orang dewasa juga harus dipertikai.
Biadapnya perangai!
Hal tersebut dapat dilihat menerusi satu video yang tular sejak petang tadi apabila seorang remaja perempuan seakan memijak kitab suci umat Islam iaitu al-Quran. Menerusi lenggok dielak yang mereka tuturkan di dalam video, kedengaran seolah-olah remaja itu berasal dari Pantai Timur.
Video tersebut telah diperoleh daripada Facebook Abdul Rani Kulup Fans beserta kapsyen meminta jabatan agama Islam negeri menyiasat kesahihan video itu serta individu-individu yang terlibat.
Pijak Quran la pulak budak2 sekarang ni.Ayah tengok budak perempuan ni macam OKU.Mohon jabatan agama islam Kelantan siasat pelaku ni dan yang merakam tu sekali.Terok sangat ni sampai pijak2 QuranSep Kito Mandi Lanjey ///
Posted by Abdul Rani Kulup Fans – Official on Thursday, 18 July 2019
Nampak macam al-Quran
Melihat daripada rakaman video, seorang remaja perempuan seolah-olah memijak sesuatu sebelum mengangkat naskhah tersebut dan meletakkannya di raga motosikal. Video yang berdurasi tiga minit telah tersebar namun belum ada sebarang maklumat terperinci lagi.
Berani betul persendakan agama sendiri
Menerusi muat naik video itu di Facebook sumber, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai maklum balas dengan mengecam tindakan biadap remaja tersebut. Mereka juga meminta agar pihak bertanggungjawab mengenalpasti remaja-remaja perempuan yang terdapat didalam video bagi mengetahui hal sebenar.