Sekarang ni kalau nak popular senang je! Muat naik gambar ataupun video yang ‘pelik’ sikit, confirm boleh meraih perhatian di laman sosial. Cuma bezanya, sama ada tular sebab melakukan perkara baik ataupun sebaliknya.
Seperti dilakukan sekumpulan pengajar digelar sebagai ‘SIRpuloh’ ini yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik.
Melihatkan gambar yang diperolehi dari laman instagram, keadaan guru tersebut agak teruk.
Semalam, salah seorang anggota SIRpuloh iaitu Fathi Hussein telah mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal. Berita itu dimaklumkan menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.
Disebabkan kerana beliau salah seorang guru, ramai anak murid beliau muncul memberikan kata2 semangat. Semoga guru tersebut kembali sihat seperti selalu dan mampu memulakan proses pembelajaran dengan segera.