Kanak2 Malaysia dinobat juara terpantas dunia, main kiub rubik guna kaki

Permainan kiub rubik pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu. Kadang kala kagum pula dengan kecekapan dan kepintaran si pemain bagi menyelesaikan kiub tersebut dalam masa yang singkat.


Kebiasaannya, si pemain akan menggunakan tangan tetapi lain pula kisah Lim Hung, seorang kanak-kanak lelaki yang bermain kiub itu dengan kedua-dua belah kakinya.

Juara pertama dari Malaysia!
Lim Hung telah mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara bagi pertandingan World Cube Association (WCA) di Melbourne, Australia pada Ahad lalu.

Lebih menarik perhatian apabila dudak berusia 11 tahun itu merupakan rakyat Malaysia yang pertama menjuarai pertandingan tersebut.

Bukan biasa-biasa!
Kemenangan itu secara rasminya telah menempatkan Lim Hung pada tempat kedua dunia, peserta terpantas dalam dunia ‘speedcubing’.

Dia boleh menyelesaikan kiub rubik dalam masa 17.10 hingaa 23.29 saat dengan hanya menggunakan kedua-dua belah kaki.

Bermula dengan hobi.
Minatnya bermula sejak tiga tahun lalu dengan gemar menyelesaikan masalah ‘puzzle’ pelbagai jenis. Kini, dia mampu menewaskan 59 pesaing dari 21 buah negara dan mendapat tempat pertama.

Sokongan keluarga paling penting!
Jelas Lim Hung lagi, semua penyertaan dan peluang yang diterima mendapat sokongan hebat oleh ibunya, Joyce Peh. Ibunya juga selalu menemani Lim Hung dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Lim Hung menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan ‘blindfolded speedcubing’ pula. Diharapkan dia dapat melakukan yang terbaik dan membanggakan Malaysia dengan bakat yang luar biasa itu!