Biadap! Tentera Israel baling gas pemedih mata, jemaah tetap tekad teruskan solat

Sedangkan kanak-kanak yang tidak berdosa rakus dibunuh, penindasan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin semakin menjadi-jadi.

Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh penyanyi Heliza Helmi, memaparkan kebiadapan sikap tentera Zionis dengan sengaja melemparkan gas pemedih mata ke arah jemaah yang sedang solat.

Masih tetap mahu teruskan solat…
Bertarung nyawa untuk tunaikan solat, itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi yang berlaku di dikawasan Sourbaher selatan Juruselam.

Dapat diperhatikan, jemaah tetap mahu meneruskan solat walaupun telah dilempar gas pemedih mata, namun mereka terpaksa memberhentikan solat kerana asap sudah mula merebak.

Kita disini dapat solat dengan aman pun malas juga lagi
Melihatkan tindakan biadap Zionis mencetuskan rasa amarah dan geram dengan apa yang dilakukan oleh mereka terhadap saudara kita di Palestin, rata-rata warganet mengutuk tindakan biadap itu.

Artikel Berkaitan   Untung Tanam Cili, Mohd Saidi Raih Pendapatan RM30,000 Satu Pusingan