‘Bila Ayah Hilang Dari Pandangan Saya Buka Tudung. Nak Sampai Rumah Pakai Tudung Balik’ – Datin Shahida

” Ada rezeki lagi pergi ke bumi barakah ini bersama kedua-dua ibu dah ayah saya”

Demikian luahan isteri jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang memanjatkan rasa syukur dapat membawa kedua ibu bapanya ke Tanah Suci sekali lagi.

Shahida berkata, bapa dan ibunya sudah menunaikan kedua-dua ibadah haji dan umrah sebelum ini namun gembira kerana masih berpeluang untuk menjejakkan kaki kembali ke Kota Suci.

” Alhamdulillah… Ada rezeki lagi pergi ke bumi barakah ini bersama kedua-dua ibu dah ayah saya. Selalu je dorang cakap macam tak percaya dah banyak kali datang sini. Haji sudah umrah pun sudah.

” Siapa sangka kan dulu ayah saya hanya pemandu teksi dan juga bekas pengawal keselamatan… Mama saya pula kerja sebagai kerani.

” Rezeki orang tak sama… Begitu juga ujian juga berbeza beza… Apa yang kita lihat belum tentu sama dgn apa yang kita fikirkan.

” Banyakkan berlapang dada dengan ujian Allah. InsyaAllah bahagia akan datang,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Shahida juga turut mendoakan pengikutnya yang menyimpan hasrat untuk ke Makkah menjadi insan terpilih untuk ke sana.

” Saya doakan semoga semua yang berimpian untuk ke tanah suci ini dapat menjejakkan kaki ke sini. Semoga kalian antara orang-orang yang terpilih oleh-NYA,” tulis Shahida.

Sementara itu menerusi perkongsian sebelum ini, Datin Shaida berkata ibu dan ayahnya adalah individu paling penting dalam kehidupan beliau.

Menurut Shahida, ayahnya seorang yang garang, sementara ibunya pula sporting.

” Dulu masa saya kecik ayah saya garang mak saya sporting….masa umur saya 13 tahun ayah saya suruh pakai tudung, tidak tak dia kata kalau tak pakai tudung tak boleh keluar rumah!!!

Artikel Berkaitan   (Video) 'Pocong babi!' - Pocong terjatuh dari atas kereta

” Sudahnya saya memang pakai tudung,. tapi bila dah keluar ayah saya dah hilang dari pandangan saya pun buka tudung, nak sampai rumah pakai tudung balik. nakal sungguh saya..” tulis Shahida di Instagram beliau.

Terdahulu, Shahida bersama kedua ibu bapanya berangkat ke Tanah Suci Makkah tiga hari lalu.

Fakta menarik Datin Shahida

Umum mengenali Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Beliau mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai penyanyi Bienda.

1) Nama sebenarnya, Nur Shahida binti Mohd Rashid

2) Kelahiran 14 Mac 1985. Kini berusia 34 tahun.

3) Mempunyai tujuh orang adik-beradik.

4) Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

5) Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman yang juga dikenali sebagai Aliff Syukri pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang zuriat iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.

Mereka turut membesarkan seorang anak angkat bernama Ameena yang kini berusia dua tahun.

6) Menggunakan akaun Instagram rasmi atas nama Shahidadherbs yang sehingga kini mengumpul 2.6 juta pengikut.

Kenali siapa Datin Shahida

Bagi yang tidak tahu, Datin Shahida merupakan teman rapat kepada penyanyi Bienda yang merupakan anak kepada penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an, iaitu Sheeda.

Datin Shahida pernah tular kerana membintangi iklan syampu Sunsilk suatu masa dahulu.

Beliau dan Aliff Syukri mula berkenalan selepas kedua-duanya menjayakan peranan sebagai model Sunsilk, sebelum akhirnya bernikah dua tahun kemudian.

Mungkin ramai tak tahu beliau adalah bekas ahli kumpulan nasyid Solehah.

Artikel Berkaitan   Pemuda jadi hero bantu wanita asing tak diendah ‘bos’ terberanak dalam kereta

Beliau bersama anggota asal Solehah iaitu Bienda, Wan dan Shireen pernah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan ‘Bienda & Friends’.

Antara lagu-lagu yang dipopularkan Shahida bersama rakan kumpulannya seperti Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman Dan Rukun Islam, Penantian serta Renungkanlah.

Sukakan masakan kampung, dalam masa sama gemar menyediakan hidangan churos, spageti dan juga kek.

Menginspirasikan ibu mentuanya, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas Sendayu Tinggi Corporation. Shahida menjadikan Rozita sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan nasihat terutamanya ketika dilanda musibah.

Menarik untuk dikongsikan juga, Rozita pernah berkongsi kisah bagaimana dia menguji Datin Shahida Mohd Rashid sebelum menerima wanita itu sebagai menantu untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya, Datuk Seri Aliff Syukri.

” Dia tak sombong dan tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model terkenal. Ini sangat mengejutkan saya..” kata Rozita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: https://thebolalive.com/