Kejayaan Kuala Lumpur City menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam TM Piala Malaysia 2021 malam tadi pastinya mendapat sorakan ramai memandangkan satu Malaysia bergembira diatas kekalahan pasukan dari Selatan Tanah Air tersebut.
Sempat berpantun lagi Dato’
Paling gembira sudah tentu penyokong-penyokong KL City dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri MuhammadSanusi bin Md Nor apabila sempat berpantun pada satu majlis yang dihadirinya sebagai tanda meraikan kejayaan KL City menewaskan JDT.
Perkongsian tersebut tular selepas satu akaun TikTok dikenali sebagai leebard2701 memuat naik video tersebut.
Dari Kedah ke Singapura,
Singgah ke KL membeli gula;
Saya membawa berita gembira,
JDT kalah lawan bola. tutur Sanusi.
Pantun ringkas yang dibuat MB Kedah di hadapan para peserta Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Kedah dan Delegasi Kerajaan Negeri Kedah Bersama Anak-Anak Kedah Di Mesir itu disambut tepukan dan sorakan daripada semua kerana terhibur dengan gurauan itu.
Ia disampaikan oleh Sanusi selepas KL City berjaya menumpaskan JDT yang mana pernah menewaskan Kedah pada saingan Piala Malaysia dalam pusingan suku akhir tempoh hari.
ADVERTISEMENT
Perli-memerli gitu
Sejak dari kekalahan Kedah, Sanusi selaku Presiden Kedah FA dilihat sering berbalas perlian bersama pemilik JDT iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ) di media sosial sehingga menjadi perhatian ramai.
MB Kedah itu juga dilihat cukup gembira dengan kekalahan JDT apabila memuat naik beberapa status seakan memerli pasukan dari selatan Tanah Air itu.
Sumber: TikTok @leebard2709, FB Muhammad Sanusi Md Nor