“Bila Badan Tidak Boleh Imbang, Jatuh. Terus Putus Jari.” Pesanan Kepada Yang Ada Anak Suka Bermain Di Grill

Tak dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Tidak semestinya di luar rumah tetapi di dalam rumah pun boleh berlakunya kemalangan. Tapi malang menimpa nasib kanak-kanak ini apabila jarinya terputus semasa bermain di rumah.

Kejadian malang ini diceritakan oleh kakak mangsa di laman Facebook untuk dijadikan pengajaran pada semua.

“Adik bongsu bermain dekat grill besi. Dia gantungkan tangan dekat situ. Bila badan tidak boleh imbang, jatuh. Terus putus jari.”

Masa jarinya putus sepatutnya terus direndam di dalam ais tetapi disebabkan keadaan kelam kabut, tak teringat langsung untuk buat macam itu. Bila sampai di kecemasan, doktor terus masukkan jari putus dalam ais.

Satu urat jari sahaja selamat

Bila bawa pergi hospital besar, doktor terus buat pembedahan untuk sambungkan jari terputus tu. Mengambil masa 2 jam setengah untuk siap. Hanya satu urat sahaja dapat diselamatkan yang lain semua hancur.

Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu dengan pelbagai cara. Pertama, cucuk ubat cairkan darah. Kedua, letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik.

“Tetapi semalam doktor cakap. Jari makin kecut. Darah masuk pun secara paksa. Tak sampai ke kuku. Mungkin jari akan mati.”

Kalau ikutkan pada doktor, selepas dua hari jika pengaliran darah tak cantik, kena buat pembedahan balik. Pembedahan ini penting untuk buang semula jari yang disambungkan tadi.

Diharapkan kesihatan adik ini beransur pulih. Kalau anda ada grill yang sama di rumah, boleh tutup kawasan yang tajam itu untuk elakkan kemalangan berlaku. Kadang-kadang, benda kecil macam ini yang kita selalu terlepas pandang.

Sumber: Facebook

Artikel Berkaitan   Ada Rekod Tangkapan Tikus Yang Baik, Ketua Kucing Di Pejabat Menteri Ini Letak Jawatan Gara-Gara Hubungannya Dengan Seekor Kucing Ini