BUAT HANYA GUNA 4 BAHAN-RESIPI ROTI HAMLET KAYA

Pernah cuba makan Roti Hamlet Kaya? Ha…Bagi yang belum pernah mencubanya, anda harus buat dan nikmati keenakan hidangan ini. Ia berupa roti yang dimasak bersama telur dan dimakan bersama kaya. Sangat enak. Ada rasa lemak, masin dan manis. Anak-anak terutamanya pasti suka. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Saudari Nani Habib ada kongsikan cara-cara menyediakan hidangan ini. Jom cuba!


CARA MEMBUAT ROTI HAMLET KAYA SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Roti hotdog/roti sosej/roti kebab – ikut selera
3 biji telur
Kaya secukupnya 
Planta / Marjerin

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan pukul sampai sebati. Boleh juga masukkan sedikit garam. Ketepikan terlebih dahulu.


2. Ambil 2 keping roti hotdog, belah tengah dan sapukan planta atau marjerin. Jika tiada boleh juga menggunakan mentega.


3. Ambil nonstick pan dan panaskan. Kemudian masak roti hotdog sampai garing dan lembut. Angkat dan ketepikan.


4. Ambil telur yang sudah dikacau tadi. Tuang dalam pan sampai separuh masak.


5. Kemudian ambil roti hotdog yang dimasak tadi. Letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur yang mewah.


6. Bila sudah masak, terbalikkan dan angkat. Letak dalam pinggan.

7. Sapukan kaya ikut kuantiti yang anda suka. Lagi banyak lagi sedap rasanya.


8. Potonglah Roti Hamlet mengikut saiz yang disukai. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nani Habib