Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping

Rupanya mudah saja cara buat roti boy macam beli di kedai. Tak perlu buah doh roti, guna roti keping pun boleh.


Memang ramai penggemar roti ini kan? Maklumlah, bau roti boy memang menusuk kalbu, tiap lalu depan kedai roti ini mesti akan berhenti dan beli.

Jadi, kalau ada banyak lebihan roti kat rumah, boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap dah lesap.

CARA BUAT ROTI BOY GUNA ROTI KEPING

Bahan-bahan topping:

  • 4 tsp instant coffee
  • 2 tsp air panas
  • 1 biji telur
  • 70 gram gula aising
  • 80 gram tepung gandum
  • 80 gram butter

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.

2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.

4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.

cara buat roti boy

5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.

6. Dah siap, makan panas-panas sedap!

cara buat roti boy

Kredit: TikTok @yayaamirul