Cara Buat Tauhu Sumbat Isi Ayam Dan Daging Secara Homemade. Memang Ketagih!

Resepi tauhu sumbat gebus gebas dan mengenyangkan boleh dijadikan juga sebagai hidangan makan malam. Apalagi tauhu sumbat ayam seperti resepi yang kami kongsikan kali ini. Pasti semua orang suka.

Resepi tauhu sumbat ayam ini datangnya daripada Ezrin Kahar‎ di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari warga Facebook.

Selain sumbat dengan ayam, resepi ini juga boleh guna daging sebagai bahan sumbat tauhu. Mana-manapun kejadiannya tetap gebu dan menyelerakan.

Tauhu digoreng rangup di luar namun sedap berinti di dalam. Makan dengan sos cili jadi makin merangsang selera. Jom buat tauhu sumbat!

Resepi Tauhu Sumbat Ayam @ Daging

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tauhu,
  • Dada ayam @ daging,
  • Cili besar – cincang,
  • Daun sup – hiris halus,
  • Bawang besar –cincang,
  • Garam,
  • Lada sulah,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Goreng tauhu. Sejukkan dan belah dua. Keluarkan isi tauhu.
  2. Goreng dada ayam (jangan garing).
  3. Campur isi ayam da nisi tauhu kemudian tumbuk sampai lumat.
  4. Kemudian campurkan cili besar, daun sup, bawang besar, garam dan lada sulah.
  5. Gaulkan rata dan sumbat dalam kulit tauhu yang dikeluarkan isi tadi.
  6. Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat.
  7. Goreng tauhu sumbat.
  8. Sedia dimakan dengan sos.