Petua Untuk Segarkan Semula Salad Yang Dah Layu. Jangan Buang Gunakan Tips Ini

Sayuran seperti salad memang mudah layu kalau lama tersimpan. Tapi kalau sayuran tu sudah layu, tak perlulah pula kita membuangnya kerana sebenarnya ada petua yang boleh kita gunakan untuk menyegarkan semula sayur yang layu tu.

Petua Segarkan Salad

Caranya pun mudah jer iaitu ambil sebiji lemon dan perah jusnya ke dalam semangkuk air sejuk. Lepas tu rendamlah sayuran yang dah layu tadi ke dalam mangkuk tu selama kira-kira setengah jam.

Kendian sejat air dari sayuran tu hingga kering dan bolehlah ia dihidangkan atau diletakkan dalam sandwich untuk dimakan.

Artikel Berkaitan   Kes Denggi Semakin Tinggi, Inilah 7 Tumbuhan Yang Sangat Dibenci Nyamuk. Kena Tanam Kat Rumah