Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat

Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!


RESIPI PAJERI TERUNG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan

CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.


3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.


5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.


6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.

Kredit resipi & foto: Umi Watie