Cara Mudah Masak Sotong Stim Limau Thai

Enaknya jika dapat makan Sotong Stim Limau ala Thai yang dikongsi oleh saudari Ayadieeya ni. Nampak sangat menyelerakan malah bahan-bahannya juga mudah sahaja. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Malah sosnya juga boleh digunakan untuk sajian Ikan Siakap Stim Limau. Wow… Padu ni. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.


RESIPI SOTONG STIM LIMAU ALA THAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1/2 – 1kg sotong
7-8 ulas bawang putih (boleh lebihkan) – cincang halus
8-9 biji cili padi – cincang (kalau tak nak pedas, kurangkan)
3 biji limau nipis
Daum ketumbar – potong
1/2 – 1 kiub pati ayam 
1 cawan air
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula

 

CARA MEMASAK:
1. Kukus sotong dalam 7 minit hingga isinya masak. Jangan letak air dalam bekas sotong masa mengukus. Bila masak, angkat. Air sotong boleh dibuang.
2. Untuk membuat sos, panaskan 1 cawan air kemudian masukkan kiub pati ayam dan gula. Kemudian tutup api dan biarkan suam.
3. Kemudian bolehlah masukkan cili, bawang, jus limau nipis dan hirisan daun ketumbar.


4. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis mengikut citarasa masing-masing.
5. Akhir sekali, tuang sos ke atas sotong yang teah dikukus tadi.
6. Sotong Stim Limau Ala Thai siap dan sedia untuk dinikmati.


7. Sos ini juga sesuai untuk hidangan Siakap Stim Limau.

Kredit resipi & foto: Ayadieeya