Lebihan nasi jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk membuat apam. Sangat mudah dan senang kalau anda cuba resipi ini. Yang penting, anak-anak mesti suka makan apam ni. Warna yang digunakan juga menarik. Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat apam nasi mengikut resipi perkongsian oleh Niessa Chang ini.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN A:
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 1/2 air
- 1/2 cawan gula
* Kisar semua bahan di atas dan tapis.
BAHAN-BAHAN B:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
* Ayak semua bahan di atas
BAHAN C:
- 3 sudu teh mauripan
BAHAN-BAHAN D:
- 3 sudu teh minyak
- Pewarna
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan bahan A yang sudah ditapis ke dalam bahan B. Kacau hingga sebati.
- Masukkan bahan C dan kacau sebati.
- Kemudian, masukkan pula bahan D dan kacau sebati.
- Perap dalam 1 hingga 2 jam.
- Panaskan periuk kukus.
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyal.
- Masukkan acuan ke dalam periuk kukus.
- Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Niessa Chang