Telur Masin Home-made Menggunakan Telur Ayam
Bahan-bahan:
* 30 biji telur ayam
* 2 cawan garam
* 6 cawan air
Cara-cara:
1. Campurkan garam dan air dan masak sampi garam larut. Kemudian sejukkan.
2. Cuci bersih telur dan susun dalam baling
3. Kemudian masukkan air garam yang dah sejuk tadi.
4. Simpan di tempat gelap selama 2 minggu.
5. Selepas 2 minggu, keluarkan air garam dan tukar kepada air masak biasa
6. Masukkan dalam peti ais, nak makan baru keluarkan dan rebus sehingga masak
Selamat mencuba
Kredit: Noraida Abd Rashid