Cara Tanam Sendiri Bawang Merah Di Rumah Pakai Bekas Telur, Laju Dia Tumbuh

Ini adalah cara untuk menanam bawang tanpa perlu adanya tanah. Hasilnya insya Allah terbaik. Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tanah seperti rumah flat atau rumah taman.


Lagipun harga bawang mahal sekarang. Hendak menanam mungkin sukar kerana tiada tanah. Jadi inilah cara mudah untuk tanam bawang tanpa menggunakan tanah. Bagaimana caranya?

Biasanya menanam bawang memerlukan kawasan yang mempunyai tanah

Cara Tanam Bawang Tanpa Tanah

Cara tanam bawang tanpa tanah. Daun bawang pula bercambah dengan keadaan yang segar bugar. Hanya tanam di tepi rumah sahaja. Tak perlu lagi untuk membeli daun bawang.

Sebenarnya kaedah ini juga berkesan jika tiada tanah

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Ambil bawang merah potong sedikit di bahagian atas.
    2. Lembabkan sarang telur (siram air je).
    3. Masukkan bawang tadi ke dalam lekuk dan pastikan rapat ke bawah.
    4. Siram bawang tersebut sekali dalam masa dua hari.
    5. Letakkan di tempat yang agak teduh.
    6. Dalam masa dua minggu lebih sudah peroleh hasilnya. Bergantung pada ketinggian daun bawang tersebut.

Hasilnya sangat memberangsangkan

Mudah bukan? Dapat bawang dan daun bawang sekali. Kalau simpan saja tanpa tanam, mungkin buruk jika tidak digunakan. Bila nak guna daun bawang kena beli pula. Padahal nak guna sedikit sahaja namun beli hingga seikat. Membazir bukan!

Jika anda ada tanah, tanamlah bawang di tanah anda itu. Jangan biarkan kosong nanti penuh dengan lalang atau pokok kapal terbang.

Apa komen anda? Selamat mencuba dan teruskan membawang. Like dan Share jika bermanfaat.

Sumber: facebook