Cemburu! Tolak ganjaran wang tunai, tukang cuci pilih untuk solat dalam Hijr-Ismail

Tolak ganjaran wang tunai, tukang cuci pilih untuk solat dalam Hijr-Ismail

Kisah seorang pemuda menjadi tular di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah.

Menerusi sebuah posting, Kaykhusraw berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik.

Kaykhusraw

He was from Pakistan. In the Kaaba, he was voted the most diligent cleaner of the month. They wanted to reward him money but he refused. Instead, he said he wanted to pray in Hijr-Ismail. The doors were closed, Hijr-Ismail was assigned to him and this image transpired.

 

Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian.

Artikel Berkaitan   Akmal akhirnya bersuara, luah 2 tahun lalui igauan ngeri, “Andai Zulfarhan masih hidup, saya nak minta maaf sebab tak dapat selamatkan dia”