Nafi Diculik Keluarga, Nynaa Harizal Harap Suami Dapat ‘Lepaskan’ Dengan Cara Baik

Kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh finalis Dewi Remaja 2019/2020, Nyna Harizal dan suaminya Fahmi Ilyas sejak beberapa minggu yang lalu masih lagi menjadi sorotan selepas tempoh 7 hari yang diberikan suami untuk selebriti tersebut kembali taat berlalu.

Sebelum ini, suami Nyna telah membawa hal tersebut ke pihak mahkamah selepas mendakwa isterinya dilarikan keluarga mertua.

Nafi keluarga culik

Namun, selepas dari tempoh tersebut, selebriti yang dikatakan berada di rumah keluarganya di Johor Bahru telah membuka mulut dengan menafikan dakwaan dilarikan itu.

Menerusi Astro Gempak, Nyna memaklumkan yang dia dakwaan dia diculik  ibu bapanya sendiri tidak tepat kerana tiada paksaan dalam hal tersebut.

“Sejak 2 November lalu pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan diri dan rumah tangga saya. Saya telah meneliti dan memerhati setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak,”
“Selama ini, saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Mohon bercerai cara baik

Selebriti berusia 25 tahun itu juga menyatakan yang dia telah mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada 10 November lalu setelah mengabil kira pelbagai faktor.

“Selepas berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang menlatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Datuk Iqbal Salam dari Tetuan Iqbal Salam & Associates memohon Penceraian Cara baik di Mahkamah Johor Bahru,” 
“Satu salinan saman telah diserahkan kepada suami pada 11 November 2021, jam 3.16 petang. Dan hari ini sebutan kes telah berlangsung, namun suami tdak hadir hanya diwakili peguam sahaja,” jelasnya.

Punca terlalu peribadi untuk dikongsi

Dalam pada itu, selebriti tersebut juga mengharapkan agar suami dapat melepaskannya dengan cara baik tanpa perlu melibatkan proses perundangan yang lain.

Artikel Berkaitan   Lelaki Bogel Panjat Lori Berhenti Tular, Siap Beraksi ‘Spiderman’Di Tengah jalan

Walau bagaimanapun, dia masih lagi enggan mengulas sebarang punca sehingga rela rumah tangga yang baru dua bulan dibina musnah kerana merasakan ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

Untuk rekod, sebelum ini, suami kepada Nynaa Harizal telah membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya yang tidak dapat dihubungi selepas meninggalkan pesanan mesej menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan ibu dan bapanya berada di set pengambaran untuk menjemputnya.

Bapa kepada Nynaa turut dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah selepas dipercayai mengacukan sepucuk senjata api kearah seorang bodyguard berusia 25 tahun.

 

Sumber: Astro Gempak (Fiza Kamarudin)