Ayam 1 ekor(dipotong Dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
CARA MEMASAK
1)masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam.lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.
2)minyak Yang Sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3)tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut Dan lengkuas.masak sehingga Naik bau Dan kekuningan.
4)masukkan cili kisar Dan Tumis sehingga masak Dan pecah minyak.
5)kemudian,masukkan perencah tomyam,cili padi,SOS tiram,SOS ikan Dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta Gaul rata.
6)akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam Yang telah digoreng Dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar Dan sedikit kering..