Dah makan baru perasan ada ulat bergerak dalam lauk, lelaki ini mengamuk di kedai mamak

Bila tengah lapar apa sahaja yang terhidang di depan mata memang semuanya nampak menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke restoran yang menghidangkan pelbagai jenis juadah memang membangkitkan selera.


Namun, malang buat seorang pelanggan kedai makan apabila juadah yang dijamahnya di salah sebuah restoran didapati tidak bersih dan sudah berulat.

Dah makan separuh baru nampak ulat bergerak
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, memaparkan pelanggan tersebut berang dan memarahi pemilik kedai tersebut selepas menemui ulat di dalam makanannya.

Lebih malang lagi, dapat diperhatikan nasi yang berlauk ayam itu telah dijamah hampir habis sebelum pelanggan tersebut perasan bahawa ada ulat yang masih bergerak di dalam ayam yang dihindang.

Hati2 la makan kat luar tu…Bgerak2 lagi tu…adoii..kombang tokak min wehhh 😬Like page Macam Macam Ada

Posted by Macam Macam Ada on Sunday, 21 July 2019

Mengamuk brader tu dah makan ulat
Difahamkan, pelanggan tersebut yang datang sekeluarga ke restoran tersebut kecewa dengan apa yang telah berlaku. Malah, pelanggan tersebut sudah mengamuk kerana terlalu geram.

Saman jer tak jaga kebersihan
Kembang tekak apabila melihat ulat bangkai di dalam juadah tersebut, rata-rata netizen juga sudah mula mempertikaikan tahap kebersihan di premis makanan, sehingga ada menyarankan mengambil tindakan undang-undang.