Iqbal Zulkelfi Ded4h Siti Nurhaliza Sudah Lama Pakai Jam Jutaan Ringgit

Selepas tular video yang menunjukkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza  memakai seutas jam tangan yang bernilai lebih RM1 juta sewaktu hadir ke sebuah pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur,usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli tampil berkongsi sesuatu mengenainya.

Iqbal Dedah Siti Sudah Lama Pakai Jam Jutaan Ringgit

Menurut Iqbal, Siti sudah sekian lama memakai jam  yang bernilai jutaan ringgit selain menyifatkan ia mempunyai mesej positif yang tertentu.

“Setahu saya DS @ctdk sudah bertahun memakai jam bernilai jutaan ringgit. Jika Tidak silap, ini model Richard Mille-RM0049.

Di sini kita boleh pelajari bahawa jam di tangan mempunyai mesej tertentu bukan semata untuk show off kepada orang awam.”- tvlis Iqbal

Tambahnya lagi, dia turut mengagumi gaya Siti yang disifatkan sangat minimal walaupun mempunyai pelbagai barangan jenama mewah . Tidak terkecuali, pelantun Terang itu juga membayar zakat dan mempunyai rekod cukai yang baik.

“Saya suka gaya DS Siti sangat minimal. Apa yang penting, beliau selalu membayar zakat yang lebih serta LHDN yang sangat bersih. Kita semua perlu contohi”-kata Iqbal

Enggan Lagi Sebut Harga Barangan Peribadi 

Di kesempatan itu, Iqbal berkata dia tidak lagi akan sebut mengenai harga barangan miliknya kerana sedar ada diantara harga itu disifatkan sebagai sensitif oleh sesetengah pihak biarpun ada rakan-rakanya di Instagram sudah terbiasa dengan caranya.

“Kawan di IG sudah terbiasa dengan cara saya menyebut harga setiap barangan. Tentang harga berus gigi, harga sos, sabun, beras pun saya selalu jelaskan kelebihan berserta harga.

Cuma untuk jam harga setengah juta itu saya sedar ia agak sensitif. Untuk lain kali, Mungkin saya tidak mahu lagi sebutkan harga apa-apa barangan jika itu mendatangkan persepsi tidak baik.”- jelasnya

Untuk rekod, Iqbal pernah mendapat kecaman ramai selepas tular video kononnya menunjukkan dia sedang memijak wang kertas di atas lantai.

Artikel Berkaitan   Sukar Hamil? Ketahui Tanda-Tanda, Punca Serta Kesan Buruk Rahim Jatuh

Walaubagaimanapun, pelantun Hujan ini tampil menceritakan perkara sebenar bahawa wang tersebut adalah wang palsu dan ia milik selebriti lain yang baru sahaja selesai melakukan kandungan sosial media mereka.

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my