Dah Spray Pon Semut Masih Lagi Ada, Penat Sangat, Try Petua Ni, Akhirnya Sekor Semut Pon Dah Taka Da Lagi Kat Rumah

Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah semut.  Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini kita pula yang digigit.

Kata orang yang suka berkata, “Kalau tak mau kena penyakit kencing manis, tapi suka makan gula… biarkan badan selalu digigit semut”… kih.. kih.. kih…

Tapi kalau tak mo digigit dan mahu tahu cara untuk membuang semut di dalam bekas gula yang sudah dikerumuni semut, cuba petua ini.

Petua Halau Semut

Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan kelihatan berkumpul di satu tempat. Maka lebih mudahlah untuk membuang semut-semut tadi.

Berikut merupakan beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut…

Lindungi Balang Gula Daripada Semut

  1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa.  Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula. Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.
  2. Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula yang disimpan.

Elak Semut Panjat Meja Hidang Makanan

Sediakan tali atau kain perca yang dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak.  Lilitkan tali atau kain tersebut pada setiap kaki meja, perabot atau yang seangkatan dengannya.

(Visited 2,991 times, 5 visits today)