Dari Budak Paling Gemuk Di Dunia, Kini Berjuang Untuk Kurus. Inilah Hasil Dan Rahsianya
Pada 2016, ketika usianya baru sahaja 10 tahun, Arya Permana daripada daripada Jawa Barat ini dinobatkan sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia, satu anugerah yang tidak diingini oleh sesiapa pun.
Dengan berat 192 kilogram, Arya menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan. Bukan sahaja setakat masalah kesihatan, saiznya yang besar juga mengehadkan aktiviti fizikal seharian sekali gus mencabut nikmat zaman kanak-kanaknya.
Lahir secara normal dengan berat sekitar 3.2 kilogram, Arya membesar dengan pantas. Malah, ibunya sendiri mendedahkan bahawa Arya berupaya untuk menghabiskan makanan yang disediakan untuk dua orang lelaki dewasa. Diet hariannya sebelum ini termasuklah daging merah, nasi, sayur dan tempe.
Akibatnya, Arya ketika itu terpaksa berhenti sekolah disebabkan pergerakkan fizikal yang terhad dan cepat letih. Di rumah, Arya menjadi seorang kanak-kanak yang sentiasa berasa lapar.
”Dia sering mengadu kepenatan dan sukar bernafas. Jika dia tidak makan ataupun berbaring, pasti dia akan meluangkan masa berendam di dalam kolam khas untuknya,” kata si ibu, Rokayah.
Rokayah sendiri cuba mengehadkan jumlah makanan yang diambil oleh Arya termasuklah hanya menyediakan beras perang bagi menggantikan beras biasa. Ini semua dibuatnya kerana
mahu Arya kembali bersekolah dan boleh bermain dengan kanak-kanak normal yang lain.Pada usia 2 tahun, Arya menjadi budak yang ‘bulat’, lebih besar daripada kanak-kanak lain di kampungnya. Bagi Rokayah, itu adalah perkara normal dan beranggapan bahawa Arya adalah seorang kanak-kanak yang gembira dan sihat.
Sehinggalah beberapa tahun kemudian selepas saiz badannya meningkat secara mendadak, Rokayah menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan Arya, namun semuanya sudah terlambat.
Itu dulu, kisahnya pada tahun 2018 sudah jauh berbeza. Selepas menjalani pembedahan pintasan usus, diet pemakanan Arya jauh berubah. Beratnya turun mendadak, daripada 192 kg sehinggalah kepada 97 kg kira-kira 3 bulan lepas.
Arya juga menukar diet pemakanannya kepada diet yang lebih sihat seperti memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran selain dipantau oleh pakar nutrisi, Ade Rai.
Dia juga kini juga sudah boleh bermain bola seperti kanak-kanak yang lain dan gemar memakai jersi bola sepak kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool. Cita-citanya, satu hari nanti mahu menjadi pemain bola sepak seperti penyerang berkelas dunia daripada Brazil, Roberto Firmino.
Perubahan yang ditunjukkan oleh Arya bukan sahaja memberi kebaikkan kepada dirinya sendiri, malah ia turut menggembirakan orang di sekeliling terutama keluarganya.
Arya ketika ini sedang menunggu masa untuk menjalani pembedahan membuang kulit berlebihan setelah beratnya turun dan berada diantara 70 sehingga 80 kg. Saksikan video dibawah untuk perkembangan terkini Arya, yang satu ketika dahulu dikenali sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia.
Sumber: Dailymail