Wanita Ni Tanam Kubis & Bunga-Bungaan Penuh Di Laman Rumah. Ruang Jadi Cantik, Duit Pun Dapat!
Laman rumah yang cantik tentunya memberi nilai istimewa untuk seisi keluarga. Tidak dinafikan juga dengan adanya laman yang sempurna, tersusun rapi dengan tanam-tanaman yang subur akan turut memberi kesan emosi yang lebih tenang dan damai buat penghuni kediaman. Begitu juga auranya turut sama dirasai oleh jiran-jiran dan orang sekeliling.
Ini sebagaimana bila kita melihat indah dan rapinya laman milik puan Nor Hayati Ini.
Memetik kata-kata Puan Nor Hayati Ismail di Utusan Online ‘‘Sebenarnya, saya tercabar dengan kata-kata rakan-rakan dalam ‘geng kebun’ yang merasakan agak mustahil untuk menanam kubis dalam pasu lebih-lebih lagi di kawasan panas.
“Sebagai percubaan, saya tanam dalam dua pasu sahaja, tak sangka tumbuh dengan baik membuatkan saya bersemangat untuk tanam lebih banyak lagi.
“Selain kubis, saya juga tanam salad dan kubis bunga, di samping bunga seperti kekwa, vinca, mawar Jepun dan petunia.
Nyata, ruang laman kediaman semi D keluarga ini nampak sungguh tenang dan damai. Apatah lagi bila melihat setiap pokok bunga yang ditanam galak berbunga lebat, nampak cukup berseri.
Mencungkil rahsia memiliki taman sebegini, ayuh kita ketahui rahsianya daripada pemilik kediaman ini sendiri, Puan Nor Hayati Ismail.
“Macam-macam jenis bunga, sayur dan ulam-ulaman yang akak tanam. Akak duduk rumah semi D jadi ada lah ruang untuk akak berkebun. Dalam ruang yang terhad kalau pandai susun atur akan cantik, banyak yang boleh dimanafaatkan”
Kongsinya lagi, kenalan serta jiran-jiran menyifatkan dia mempunyai ‘sentuhan ajaib’ kerana kebolehan dalam mengendalikan tanaman yang dianggap sukar oleh sesetengah orang.
Dalam pada itu, disebabkan dia sendiri tidak begitu gemar makan sayur, hasil tanaman yang diusahakan dihulurkan kepada jiran tetangga yang datang berkunjung.
‘‘Ada juga orang luar yang singgah rumah untuk membeli sayur-sayur ini. Sesetengahnya sanggup membeli pada harga yang lebih mahal daripada kedai.’’
Ini jelas sekali membuktikan, tidak akan pernah rugi bagi sesiapa pun yang berbudi pada tanah.
Rutin Harian
Meninjau rutin harian wanita ini dalam mengurus laman mininya agar rapi dan hidup subur, ini katanya,”Setiap pagi lepas hantar anak akak ke sekolah, akak akan terus jenguk kebun mini akak ni. Hujan ke panas ke akk tetap siram tanamam-tanaman akak ni. Sebab ada pokok yang rimbun tu air hujan tak dapat masuk dalam pasu. Akak akan pastikan pokok-pokok akak segar dan subur.”
“Daun kering, bunga layu tu semua akak buang setiap hari. Anak-anak akak pon boleh katakan berkongsi minat yang sama dengan akak. Rajin tolong akak berkebun. Suami akak pon banyak membantu”
Kongsi Tip Untuk Ibu Yang Berkeja
“Bagi ibu-ibu yang berkerja boleh je nak menanam tu. Bagi masa untuk ruang santai kita tu dengan bercucuk tanam. Sedikit sebanyak boleh ringankan belanja dapur. Tanam sayur, tanam ulam. Yang penting kena pandai bahagikan masa. Sambil-sambil santai balik kerja ke hari minggu ke, boleh je tanam sikit-sikit… Siram sekali sehari je….Lagi pon balik rumah tengok hasil tanaman boleh legakan tekanan seharian bekerja.”
sumber : Nor Hayati Ismail Via Keluarga.my