Sayunya Tengok Ibu Kucing Beri Kucupan Terakhir Pada Anaknya Yang Dibunuh Manusia

Haiwan juga mempunyai perasaan dan rasa kasih sayang, walaupun ia tidak boleh berkata-kata seperti manusia.


Satu perkongsian yang dibuat di laman Twitter oleh pemilik akaun Chunga (@kxchunga) mendakwa seekor ibu kucing terpaksa ‘mengebumikan’ anaknya sendiri kerana dibunuh oleh manusia.

Dalam video berkenaan, kelihatan ibu kucing tersebut menguis-nguis tanah bagi menimbus anaknya yang telah mati.

Pemilik akaun berkenaan juga memberi pesanan supaya orang ramai lebih menjadi berperikemanusiaan dalam melayan makhluk bernyawa yang lain.

Sumber: Chunga