“Haha.. Aku Tak Berenti Gelak Sial” Cara Buat Dalgona Mangga Ini Buat Ramai Berdekah Tak Henti

Berasal dari Korea Selatan dan dipopularkan oleh TikTok, Dalgona coffee adalah salah satu resipi minuman yang paling banyak ditiru dalam musim kuarantin ini. Hanya dengan menggunakan 4 ke 5 bahan, minuman enak ini dapat dibuat dalam beberapa minit sahaja.

Malah kerana begitu popular, resipi tersebut telah diubah suai dengan menggunakan bahan-bahan perisa yang lain untuk menggantikan kopi. Antaranya termasuklah milo, matcha, dan teh susu.

Terbaru pula seorang pengguna TikTok telah berkongsikan satu tutorial membuat Dalgona versi jus buah untuk mereka yang tidak boleh minum kopi.

Video yang dikongsikan di Instagram itu mencuri perhatian netizen bukan sahaja kerana arahannya yang lucu tetapi juga kerana hasilnya yang tidak disangka-sangka.

 

Langkah-langkah yang ditunjukkan untuk membuat dalgona mangga adalah sama seperti membuat Dalgona kopi, namun apabila jus yang telah dikacau sehingga gebu dituangkan ke atas susu, jus berkenaan tenggelam ke bawah cawan, tidak seperti kopi yang akan terapung di atas susu.

Atas sebab kegagalan resipi tersebut, minuman itu tidak lagi dipanggil Dalgona tetapi diubah kepada ‘dalgondal gandul’.

 

Video yang tular itu membuat rata-rata netizen pecah perut mendengar arahan yang diberikan serta hasil tutorial dalgona mangga itu yang tidak menjadi.

“Hahahahaha yang part tumpah tu kelakar…”

“lepas kacau setengah jam tangan sakit..”

“gelak sampai nitik air mata nya…”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Bantu Menguruskan Jenazah Kawan Rapatnya,Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah Dan Dikebumi Bersama