Demi Ibu Dan Adik, Wanita Jadi Cleaner Sejak Umur 19 Tahun, Pernah Ditanya Pelajar Tak Malu ke Kerja Cleaner

Demi Ibu Dan Adik, Wanita Jadi Cleaner Sejak Umur 19 Tahun, Pernah Ditanya Pelajar Tak Malu ke Kerja Cleaner?Demi Ibu Dan Adik, Wanita Jadi Cleaner Sejak Umur 19 Tahun, Pernah Ditanya Pelajar Tak Malu ke Kerja Cleaner

Alang mula bekerja sebagai tukang cuci sejak berusia 19 tahun.
TIADA istilah malu dalam diri wanita ini.

Menurut Noraini Hamzah, 28, dia tidak pernah berbesar hati mengenai pekerjaannya, malah bangga apabila dapat berbakti kepada masyarakat sebagai tukang cuci.

Mesra disapa Alang, wanita dari Lanchang, Pahang itu menceburi bidang kerja berkenaan sejak berusia 19 tahun.

“Selepas tamat persekolahan, saya terus bekerja sebagai cleaner. Pertamanya, lokasi tempat kerja dekat dengan rumah.

“Kedua, gaji juga Alhamdulillah mencukupi untuk saya. Lagi satu, saya tak pernah pilih kerja, saya terima segalanya.

“Saya seronok dengan kerja ini. Di tempat kerja, saya juga banyak bergaul dengan cleaner yang berusia. Walaupun muda, saya boleh ‘masuk’ dengan mereka semua,” katanya.

Menurut Alang, dia bertugas sebagai pekerja pembersihan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Temerloh sehingga tahun 2017.

Dia kemudiannya berhenti kerja dan beralih bidang untuk menjadi pengasuh dalam sesuatu tugas selama tiga tahun.

“Saya bekerja sebagai cleaner sejak tahun 2013 sehingga 2017. Kemudian, selama tiga tahun saya kerja taska. Pada bulan November tahun lepas, saya kembali bekerja sebagai cleaner.

Demi Ibu Dan Adik, Wanita Jadi Cleaner Sejak Umur 19 Tahun, Pernah Ditanya Pelajar Tak Malu ke Kerja Cleaner

Alang baru sahaja mendapat kerja baharu sebagai pengasuh di taska.

“Kemudian, kali ini saya dapat kerja sebagai pengasuh di taska sekali lagi. Rezeki saya pusing-pusing di tempat sama. Saya terima saja rezeki ini,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Tu highway kan?” – Kemalangan Libatkan Motosikal dan ‘Entiti Misteri’ Jadi Buah Mulut Netizen

Menurut Alang lagi, dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya bersyukur dapat mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga.

Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita.

Dedah Alang, dia sudah tiga tahun berkahwin, namun berjauhan dengan suami yang kini bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur.

“Ketika bekerja, ada pelajar pernah tanya saya sekiranya saya malu bekerja sebagai cleaner? Saya kata saya tak pernah malu.

“Rezeki saya di situ. Saya bukan nak cari musuh. Tapi cari rezeki untuk keluarga dan adik-adik. Saya tak malu pun, sebaliknya saya suka.

“Suami pula bekerja Kuala Lumpur. Jadi saya duduk di kampung bersama emak dan dua adik. Saya duduk sini untuk tanggung mak dan jaga dia. Ayah pula dah 13 tahun meninggal,” katanya.

Demi Ibu Dan Adik, Wanita Jadi Cleaner Sejak Umur 19 Tahun, Pernah Ditanya Pelajar Tak Malu ke Kerja Cleaner

Alang turut berkongsi kisah mengenai dirinya di TikTok.

Dalam pada itu, Alang yang juga anak keempat daripada enam beradik turut terkejut apabila video mengenai kisah hidupnya tular di TikTok.

Kata Alang, dia sekadar berkongsi secara suka-suka dan tidak menyangka akan dihujani komen positif oleh netizen.

“Awal-awal saya risau juga sekiranya akan ada komen negatif. Tapi Alhamdulillah, semua baik-baik. Saya memang tak sangka, saya cuma nak kongsi video saja.

“Saya terharu ramai yang doakan saya. Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita.

“Tak perlu malu kerana ia rezeki Allah. Biarlah apa orang nak cakap, duit yang kita dapat bukan orang yang bagi. Semuanya dari Allah,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan   Anak Muda Malaysia Buatkan Arkitek Mat Saleh Kagum, Umur Baru12 Tahun Tapi Dah Mahir Design dan Model Bangunan.