“Kasih sayang seorang nenek, melebihi segalanya..” antara reaksi netizen selepas dua foto yang memaparkan seorang wanita warga emas duduk mencangkung di tepi pagar memberikan bekal makanan pada cucunya tular di sosial media.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Anee Hamid, gambar itu sebelum ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang lain, Aisyah Alawi.
Menurut kapsyen yang ditulis Aisyah, nenek itu datang setiap hari ke sekolah berkenaan untuk memberi cucunya makan. Tapi hanya melalui pagar di tepi sekolah kerana pengawal keselamatan tidak membenarkannya masuk.
“Ada kemungkinan peraturan ketat kepada penjaga atau orang luar untuk masuk ke kawasan sekolah yang perlu dipatuhi. Mungkin disebabkan itu nenek ini memberikan makanan kepada cucunya seperti dalam gambar,” tulisnya.
Foto yang cukup menyentuh ini membuktikan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya yang begitu erat dan demi pendidikan anak ini si nenek sanggup berkorban apa sahaja.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi berikut di ruangan komen: