Demi Keuntungan Seorang Pemandu Sanggup Sumbat Pelajar Sekolah Dalam But Kereta Alza Dikecam

pengangkutan anak ke sekolah, pasti ada yang lebih selesa membiarkan anak menaiki bas atau van sekolah untuk memudahkan urusan. Selain bas atau van sekolah, ada juga pemandu kereta persendirian yang melakukan khidmat yang sama.


Dan kebiasaannya, jumlah pelajar untuk kereta persendirian lebih sedikit kerana ruang yang terhad. Tetapi tidak di dalam kes ini kerana lebih dari sepuluh orang pelajar boleh muat dalam satu kereta Perodua Alza.

Video yang tular di media sosial ini menunjukkan pemandu wanita ini berusaha untuk ‘sumbat’ pelajar hingga ke bahagian but kereta! Sampaikan ada pelajar terpaksa membongkokkan badan di dalam but itu.

OMG!!!

OMG!!! 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️Moron driver..脑残的司机… #PDRM #JPJ

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Tuesday, 22 October 2019

Kita yang tengok ini pun jadi pening kepala dibuatnya. Macam mana agaknya dia muatkan semua pelajar dalam satu kereta tu? Kesian juga pada pelajar yang terpaksa berhimpit dalam but kereta kerana saiz badan mereka yang lebih kecil.

Ada juga yang berkata mungkin van yang dipandu pemandu ini rosak jadi terpaksa menggunakan kereta buat sementara waktu. Tetapi rasanya keadaan macam ini lebih membahayakan pelajar-pelajar itu.

“Dah mcm ikan sardin..kesian dgn anak-anak mereka jugak, mungkin tiada pilihan”

“Kalau bas tengah repair pun, patutnya dia berulang alik ambik pelajar bukannya sumbat macam ni.”

Rasanya tak patut sumbat semua sekali dalam kereta tu walau apa alasan sekalipun. Bukan sahaja keselesaan pelajar tapi hal keselamatan yang paling penting sekali. Harap ibu bapa ambil serius masalah macam ini terutamanya soal anak-anak.

Sumber: Facebook