Tiada Persediaan Baju Baru & Lauk Raya, Lelaki Bawa Keluarga India ‘Shopping’ Untuk Deepavali

Hari ini merupakan hari yang istimewa buat masyarakat India yang beragama Hindu. Sambutan Deepavali ataupun Pesta Cahaya sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka sama seperti sambutan Hari Raya bagi masyarakat beragama Islam.


Semestinya baju baru, makanan enak dan juga rumah dihias cantik merupakan antara kemeriahan yang dirasai semasa Deepavali.

Namun begitu, tidak semua insan merasai kegembiraan tersebut. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang guru, Mohd Fadli Salleh, dia telah membawa satu keluarga India yang tidak berkemampuan ke pasaraya bagi membuat persiapan Deepavali.

Menurut Cikgu Fadli, selesai memilih pakaian anak-anaknya, wanita yang dikenali sebagai Puan Jaya tidak mengambil langsung baju untuk dirinya dan cukup sekadar untuk anak-anak.

Namun, akhirnya dia akur selepas Cikgu Fadli memintanya untuk mengambil baju serta keperluan harian untuk dirinya juga.

Cigu Fadli juga telah meminta keluarga itu mengambil makanan dan juga lauk pauk untuk Deepavali kerana mereka tiada apa yang boleh dihidangkan semasa hari Pesta Cahaya itu.

Bagi mengukir senyuman ke bibir anak-anak Puan Jaya, beberapa permainan kanak-kanak turut dibawa masuk ke troli sebelum menuju ke kaunter bayaran.

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Cikgu Fadli ini telah memperoleh 31 ribu tanda suka diruangan Facebooknya. Rata-rata wargant telah meninggalkan komen diruangan tersebut dengan menzahirkan rasa terharu atas pertolongan tersebut.

Mereka juga berharap agar jasa dan bakti individu itu terus diberi ganjaran kerana niat murninya mampu mengukir senyuman kepada wajah-wajah mereka yang dalam kesempitan hidup.

Sumber : Mohd Fadli Salleh