Sebenarnya banyak khasiat minyak kelapa dara.
Cuma ramai buat tidak endah kerana mungkin terlalu biasa kelapa dengan Malaysia. Padahal orang luar di sana begitu sibuk dengan banyaknyakebaikkan minyak kelapa dara.
Ramai yang bimbang dengan lemak yang terdapat di dalam minyak kelapa dara. Sebenarnya, lemak di dalam minyak kelapa dara datang dari jenis medium-chain fatty acids atau MCFAs yang baik untuk kesihatan.
Ia mudah dihadam dan dengan cepat bertukar kepada tenaga. Lemak ini tidak disimpan di dalam badan sebagai lemak.
Digelar superfood, minyak kelapa dara bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah untuk kesihatan dan kecantikan. Ketika ini, Filipina merupakan pengeksport terbesar minyak kelapa dara di dunia. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara.
Kebaikkan Minyak Kelapa Dara
#1 Jika anda mahu kelihatan langsing dan sihat, gunakan minyak kelapa dara untuk merealisasikan impian itu. Minyak kelapa dara mengurangkan rasa lapar. Jadi, anda akan makan kurang berbanding kebiasaannya.
#2 Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.
#3 Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung. Jadi, ia sesuai berada di dalam menu diet sihat anda.
#4 Sekiranya anda keletihan, minyak kelapa dara dapat memberikan anda tenaga dengan segera. Justeru, anda kembali aktif.
#5 Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Sekaligus memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda.
#6 Minyak kelapa dara menjadikan kulit, rambut, dan kuku sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit.
Ia juga bertindak sebagai sunscreen di mana 20% sinar ultraviolet dari matahari dapat dihalang.
#7 Jika anda berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya di dalam mulut anda. Jadi, gigi anda bertambah sihat dan nafas anda juga tidak berbau busuk lagi.
#8 Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat.
#9 Minyak kelapa dara mempunyai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.
#10 Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan berkaitan diabetes.
#11 Minyak kelapa dara juga bagus untuk memperbaiki fungsi otak. Oleh itu, ia dipilih untuk memulihkan pesakit Alzhemeir.
#12 Minyak kelapa dara melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.
Minyak kelapa dara sebenarnya sudah lama menjadi makanan dan kegunaan harian di beberapa negara di dunia. Ketika ini, ia sudah mendapat tempat di kalangan orang Barat dan dimakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan diri.
Kajian menunjukkan mereka yang minum atau menggunakan minyak kelapa dara berada daam keadaan sihat dan tanpa masalah jantung.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pilih minyak kelapa dara dan bukan minyak kelapa yang lain – Bidadari.my