Mungkin ramai yang tak tahu apabila ada kemalangan kita dilanggar kenderaan pemandu lain dan pesalah tersebut atau pemilik kenderaan tiada insurans dan lebih teruk lagi langsung tidak mengakui kesalahan serta tidak mahu membayar akibat kejadian tersebut sama ada pada diri kita dan juga pada kenderaan, kita boleh buat tuntutan di MIB.
Dalam kes kemalangan seperti ini, sebenarnya kita boleh buat tuntutan kecederaan kemalangan di Motor Insurers Bureau Malaysia (MIB) yang pernah dituntut oleh mereka yang mengalami masalah yang sama. Ia adalah salah satu dana yang khas dibuat untuk semua pengguna jalan raya.
Anda Cedera Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans?
Dilanggar kenderaan yang tidak dilindungi insurans? Buat tuntutan kecederaan kemalangan.
Apa Itu Motor Insurers’ Bureau?
Biro Insurans Motor Malaysia (Motor Insurers Bureau of Malaysia) ditubuhkan pada 15 Januari 1968 untuk memberi keadilan sosial dan diwujudkan pada masa itu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 (kini Akta Lalulintas Jalan 1987).
Ia diwujudkan untuk membela mangsa kemalangan jalan raya yang tidak mendapat pembelaan atau memberikan duit kepada mangsa kemalangan sama ada pemandu, pejalan kaki atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan dimana kenderaan yang melanggar tiada insurans.
Dana yang digunakan MIB untuk semua mangsa kemalangan adalah dana daripada semua syarikat insurans yang diwajibkan mencarum ke dalam MIB pada setiap tahun. Dengan adanya dana ini, bantuan yang diberikan kepada mangsa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Cara Buat Tuntutan Kepada MIB
Bagaimana cara nak claim atau buat tuntutan kecederaan kemalangan kereta, motor atau sebarang jenis kenderaan? Anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook ini yang berkongsi tentang cara buat tuntutan kepada MIB selepas dilanggar pemilik kenderaan tiada insurans.
Jika anda cedera dalam kemalangan kereta tiada insurans dan pesalah tak mahu bayar, sila claim MIB.
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan tiada insurans. Kemudian owner kenderaan itu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Adoi. Dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil lah, bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Jadi aku nak bagitahu. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak ada insurance.
MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurance wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu. Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
- Kemukakan tuntutan secara kepada pihak MIB atau boleh melantik peguam
- Pastikan ada nombor pendaftaran kenderaantiada insurans itu yang terbabit dalam kemalangan. Pihak MIB tak akan bayar untuk kes langgar lari atau yang tidak ada nombor plat kenderaan terlibat.
- Serahkan tuntutan anda dalam jangka masa TIGAtahun dari tarikh kemalangan.
- Sekiranya anda melantik peguam untuk failkan tuntutan di mahkamah, peguam harus beritahu pada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum tuntutan dibuat di mahkamah dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.
- MIB hanya bayar untuk jenis kecederaan sahaja tidak termasuk dengan kerosakan kenderaan anda, harta benda, loss of incomedan sebagainya.
- Sebarang jumlah bayaran dari MIB adalah ditentukan oleh pihak MIB berdasarkan kes dan kejadian.
Pastikan anda mempunyai nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang menyebabkan anda cedera.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Tuntutan MIB
- Surat kepada MIB yang menyatakan maklumat tentang kejadian, alasan tuntutan dibuat dan semua dokumen yang disertakan.
- Satu salinan laporan yang tercatat nombor kenderaan berkaitan.
- Laporan polis tentang kenderaan yang melanggar sekiranya ada.
- Laporan tentang perubatan kecederaan yang anda alami.
Hantar dokumen berkaitan ke:
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Peringatan : Kalau dah pandai tentang buat tuntutan kecederaan kemalangan jangan lupa ajar orang lain.
Terlibat dalam satu kemalangan adalah pengalaman yang amat menyedihkan serta sungguh membebankan. Selain tertekan dengan keadaan serta trauma, terlalu banyak perkara yang harus kita buat selepas kemalangan itu berlaku terutama tuntutan peribadi dan sebagainya.
Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda tahu sedikit sebanyak tentang hak anda sebagai seorang individu atau pun pengguna jalan raya untuk membela diri jika tidak bersalah serta berkaitan dengan khidmat sedia ada untuk membuat tuntutan berdasarkan keadaan atau situasi.
Jadi, melalui perkongsian ini anda sudah tahu bagaimana nak buat tuntutan kecederaan kemalangan di MIB sekiranya dilanggar oleh kenderaan tiada insurans atau pemilik kenderaan tidak mahu bertanggungjawab serta tidak mengaku kesalahannya. Semoga bermanfaat.