Ditudvh Kurus Sebab Pembed4han Bariatrik, Ifa Raziah Tawar RM200,000 Siapa Yang Tunjuk Bukti

Nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah sebelum ini menjadi ‘panas’ di media sosial selepas didakwa melakukan kaedah ‘memotong usus’ atau bariatrik untuk kurus.


Tunjuk bukti dapat wang tunai

Terbaru, menerusi Instagram (IG), Ifa, 46, mencabar netizen atau mana-mana pihak yang memf1tnah dia untuk mengemukakan bukti-bukti sahih yang mengatakan dia menggunakan jalan pintas.

Kata Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustaph, individu terbabit akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000 sekiranya berjaya membuktikan.

Saya ingin mencabar kepada orang ramai dan warganet untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM200,000 dengan mengemukakan segala bukti yang kukuh seperti yang didakwa di media sosial.

Mari beramai-ramai daripada terus menabur f1tnah, lebih baik kemukakan bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup pada Rabu iaitu 8 Disember. Saya akan memberikan ganjaran duit secara tunai.

Kurus atas usaha sendiri

Dalam pada itu, pelakon drama Janda Kosmopolitan menegaskan badannya menjadi ramping disebabkan usaha sendiri bukan sedut lemak.

Saya kurus atas usaha sendiri, tiada hendak potong usus dan menyedut lemak walaupun saya mampu hendak membayar semula kos pembedahan itu.

Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan selama empat tahun. Ramai yang sak1t hati, busuk hati dan perut kerana cuba untuk menjatuhkan perniagaan saya.

Terdahulu, hantaran seorang doktor pakar bariatik menjadi viral selepas dia berkongsi gambarnya bersama Ifa di sebuah hospital swasta sambil memuji penurunan berat badan artis versatil itu iaitu sebanyak tujuh kilogram.

Sumber: Instagram @ifa_raziah, Facebook @Ifa Raziah

Kredit: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendinggiler.pw/