Ada masa kita akan jatuh dan berasa teramat lemah. Nama pun manusia. Tapi percaya tak jika kita jatuh, tiada jalan lain selain daripada membangkitkan diri ini semula.
Setiap hari kita diuji di muka bumi ini dan ada kalanya kita pernah terasa ingin berputus asa. Tetapi jika terlintas di fikiran anda ingin berputus asa dengan apa jua yang anda lakukan ingat lah pesanan dari ayat ini.
“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)…”
(Surah Ali-Imran 3:140)
Allah sudahpun memberitahu kita bahawa setiap kegagalan merupakan satu lumrah dalam kehidupan. Is akan bersilih ganti dengan kesenangan. Ada hari kita akan senang dan gembira dan ada kita akan susah dan berhadapan dengan pelbagai masalah.
Dan akhirnya Allah berkata ujian yang diberikan kepada kita ni lah yang menguji tahap keimanan manusia, sama ada kita bersabar menghadapinya ataupun tidak.
“…supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya…”
(Surah Ali-Imran 3:140)
Sumber: tzkrh.com