Doa Untuk Melembutkan Hati Anak Yang Degil -Terdapat Dalam Salah Satu Ayat Surah As-Syuraa.

As-Syuraa:19

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

[:]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

[:]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[:]Sahabat yang di rahmati Allah,

[:]Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. Insyaa allah…

[:]Selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur…

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Doa melembutkan hati anak yang degil dalam rumi:

Allahulathiifum bi’ibaadihii, yarzuqumayyasak’ wahuwal qawiyyul ‘aziiz…

Maksudnya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)

[:]Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

[:]Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

[:]Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaa Allah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.

[:]Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share

Doa lembutkan hati anak yg degil

Ini adalah koleksi doa2 untuk melembutkan hati anak2 yg degil/keras hati.

1.Hendaklah membaca surah Taa’haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

[1] Taa’ Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi

[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

2. Surah at-taubah, ayat 1 hingga 5..

baca ya aziz, ya jabbar, ya mutakabbir…

jua boleh solat hajat semoga Allah lembutkan hati anak kita

jika mampu, masa anak tengah tidur, pergi dekat pada dia, doa sambil usap dan tiup pada ubun-ubun dia..

3. Tips ni dari syarahan di radio beberapa thn yg lalu..

a) bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati

(bergantung pd niat kita utk si anak)

b) baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU

LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan makanan/minuman atau kalo

anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah

(Visited 265 times, 3 visits today)

Add Comment