Biasanya, ramai orang gunakan cara rebus mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
Ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad yang mengajar teknik yang betul merebus mee segera.
CARA REBUS MEE SEGERA YANG BETUL
1. Rebus mee di dalam periuk air.
2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.
Namun, kita tidak boleh kerap memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad