Doktor Ini Kongsi Cara Simpan Stok Lauk-Pauk Yang Betul. Boleh Simpan Sehingga Sebulan Tak Ada Masalah

Lauk sejuk beku ini antara isu yang sering dikatakan dalam kalangan mak-mak. Ada yang setuju, tak kurang juga yang mempertikaikan kerana bimbang khasiat dan nutrisinya dah hilang. Sebenarnya, ada cara macam mana nak simpan lauk sejuk beku yang takkan menjejaskan nutrisinya.

Dalam perkongsian Dato’ Dr Suriyakhatun Osman berkenaan idea simpan lauk beku, beliau memberi ulasan yang baik cara S Kamalinda Lynn simpan lauk sejuk beku untuk ibunya yang disimpan dalam peti beku.

Menurut ulasan itu, Dato’ Dr Suriyakhatun kongsikan cara paling bagus untuk simpan lauk sejuk beku. Jadi lauk yang disimpan itu akan terpelihara dan kekal nutrisinya.

“Bagi yang tidak ada masa untuk memasak, ini cara yang baik. Setiap bekas untuk sekali makan. Selepas masak sejukkan dan terus bekukan.”

“Bila nak makan keluarkan awal untuk nyah bekukan. Boleh juga panaskan dalam steamer. Elak microwave jika boleh.Makanan yang di micro kurang mutunya dan khasiatnya. (Ada kontroversi bab ini. Yang mana, ada kajian kata microwave tidak ada mudarat, ada yang kata ada. Saya lebih suka play safe).”

Semasa menyimpan doktor sarankan agar mak-mak gunakan bekas yang freezer safe.

“Sekarang ada kotak lunchbox kadbod yang dijual.”

Walau bagaimana pun, apa yang dikongsikan oleh doktor dalam pagenya ini mengundang pelbagai persoalan daripada followernya. Dan beliau menjawab satu persatu. Jawapan doktor ini sebenarnya boleh dijadikan panduan mak-mak untuk mencuba teknik simpan lauk sejuk beku dengan lebih baik dan selamat.

Baca Soal Jawab Dato’ Dr. Suriyakhatun Ini Untuk Lebih Jelas

Soalan : Doktor saya masakkan anak yang berumur setahun dengan cara ini. Seminggu sekali untuk 5 hari bekerja. Boleh ke? Ada isu anak kecil makan makanan frozen? Fingger food dan lauk makan tenaghari semua saya frozenkan untuk seminggu.

Artikel Berkaitan   Statistik Menunjukkan Ramai Rakyat Malaysia Yang Stress, Amalkan Senaman Angkat Kaki Ini Setiap Hari Stress Akan Hilang

Jawapan : Tak ada isu. Cuma pastikan bekas simpan freezer safe.

Soalan : Sesetengah orang tua tak boleh makan makanan yang dipanaskan atau lebih 1 hari dimasak. Kita orang muda boleh lah.

Jawapan : Itu sebab.. benda tidak dibekukan cepat setelah disejukkan. Maka bila panaskan makanan sudah memang tidak segar, dah mula basi. Bukan angin tetapi sudah ada toksin dari bakteria yang membiak.

Nyah bekukan dalam peti sejuk.

Soalan : Doc apa pendapat doc kalau dipanaskan dan frozen berulang kali sebab tak habis atas reason tak nak membazir? Kadang-kadang satu lauk tu dekat 3 kali panas dan frozenkan.

Jawapan : Tidak digalakkan. Panaskan hanya bahagian yang nak dimakan dan habiskan.

Soalan : Berapa lama lauk yang dibekukan dalam freezer boleh dikira masih elok?

Jawapan : Sebenarnya jika freezernya bagus memang setahun pun masih baik. Saya sarankan simpan sebulan sudah cukup.

Tak Kah Tinggi Histamine

Soalan : Bukan ke makanan yang dibekukan lama semakin tinggi histamine atau yang dimasak tidak berlaku hanya terjadi kepada sumber mentah sahaja?

Jawapan : Betul boleh tinggi histamine jika lauk mentah dibiar lama sebelum dimasukkan dalam freezer. Makanan yang sudah dimasak pun jika sudah lama dibiar jangan freeze.

Bagaimanapun, lebih mudarat makan luar. Tinggi histamine tidak jadi masalah bagi yang tidak ada atopy. Boleh dielakkan jika bekukan makanan segar.

Soalan : Banyak kali dah dengar doktor berpesan, jangan makan makanan berpanas.

Jawapan : Ya. Jika biar lama di luar baru nak bekukan akan mula basi. Tidak boleh bekukan begini.

Soalan : Doktor dari segi nutrien dia macam mana

Artikel Berkaitan   Resepi Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Cepat

Jawapan : It’s ok jika tidak keluar masuk freezer. Masuk sekali, keluar sekali. Kalau masak terlebih. Freeze yang lebih sebelum hidang. Bukan lepas ada di luar lama.

Soalan : Ini memerlukan peti sejuk besar.

Jawapan : Perlukan satu unit freezer dengan harga kurang dari RM1K.

Soalan : Doktor, perlu tunggu lauk sejuk baru masukkan dalam peti or boleh masukkan terus masa lauk panas-panas.

Jawapan : Boleh masukkan panas-panas tapi akan makan letrik dan cepat rosakkan freezer.

Mak-mak boleh cuba tip yang diberikan doktor ini untuk kesenangan kerja di dapur. Tak perlu lagi gusar untuk menggunakan lauk-pauk yang disejukbekukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat..