
Masalah kerosakkan akhlak dalam kalangan remaja nampaknya semakin tidak dapat dibendung. Masalah sosial seperti melakukan maksiat dan bersekedudukan dalam kalangan remaja Melayu terutamanya seakan bukan lagi sesuatu yang aneh.
Jika semalam, seorang jururawat didakwa tinggal serumah dengan suami orang hampir empat bulan, kali ini pula kisah seorang gadis dan teman lelaki tinggal serumah tanpa sebarang ikatan serta hidup dalam buruan ah Long.
Duduk serumah tak nikah, pinjam ah long lagi!
Menerusi satu rakaman video viral di Twitter sejak semalam, seorang ibu telah memarahi teman lelaki anak perempuannya kerana merosakkan dan menyusahkan gadis itu.
Video itu dimuat naik oleh Aush Abdul diperoleh daripada TV Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memperlihatkan serbuan yang dibuat oleh pihak PPIM dan keluarga gadis itu ke atas seorang lelaki.
Ceritanya.. anak perempuan makcik ni bercinta dengan lelaki tu sampai pinjam ah long dan buat aduan dekat PPIM. Haa kn dah kena hempuk dengan handbag 😩 pic.twitter.com/y1pe2TQmjc
— Aush Abdul (@aushabdul_) July 10, 2019
Sanggup hidup macam ni, nak bela anak orang!
Menerusi video yang dikongsi, jelas kedengaran bahawa mereka telah tinggal bersama tanpa nikah dan meminjam wang daripada ah Long untuk meneruskan kehidupan berdua. Selain itu juga, ibu kepada gadis tersebut seakan tidak dapat menahan sabar apabila teruk membelasah dan memarahi teman lelaki anaknya.
Benda sebelah tangan tak akan berbunyi
Menjengah keruangan komen di posting itu, rata-rata netizen telah tampil menurunkan maklum balas yang pelbagai terhadap kes dan video itu. Ada yang merasakan bahawa pasangan kekasih itu keduanya salah dan tidak wajar hanya teman lelakinya sahaja yang disalahkan.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa lelaki seperti dalam video tersebut sememangnya harus dikenakan tindakan undang-undang kerana menghancurkan masa hadapan seorang gadis.