“Eee Siannya Dia, Sedih Tengok Gambr Ni” Tular Gambar Beruang Koala Hilang Tempat Tinggal Terpaksa Minum Air Dalam Lopak Air

KOALA yang terselamat daripada kebakaran hutan ditemui dalam keadaan kehausan dan menjilat air tompokan di jalan selepas hujan turun buat kali pertama.

Pamela Schramm dan anak-anaknya dalam perjalanan pulang ketika melihat koala haus di Moree ke Croppa Creek Road di New South Wales.

Terfikir mungkin koala itu cedera, Schramm keluar dari keretanya dan berjalan lebih dekat untuk melihat koala itu yang sedang menjilat air hujan.

“Saya terfikir dia cedera kerana dalam keadaan diam. Tetapi apabila dia berjalan sedikit saya menyedari dia baik-baik saja.

“Kami tidak dapat membawanya keluar dari jalan berikutan kelihatan sangat dahaga,” katanya kepada Daily Mail Australia.

Rakaman menunjukkan koala berjalan atas jalan basah dan menjilat dari lopak kecil.

Schramm mendesak semua pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan berikutan ketika ini hidupan liar akan keluar mencari minuman.

“Sila berhati-hati di jalan raya. Ada hidupan liar keluar untuk minum,” katanya.

Artikel Berkaitan   Cara Buat Air Detox Viral, Boleh Buat Perut Rasa Kenyang Dan Singkir Lemak-Lemak Dalam Badan