“Ex-Suami Aku Sanggup Cerai Aku Demi Hang, Hang Dah Tak Cantik Tak Lawa Pulak, Dia Nak Duit Hang Ja”

Setiap orang pasti mempunyai masa lampau mereka tersendiri. Sama ada yang buruk ataupun baik, biarlah tersimpan didalam diri seseorang ataupun insan yang pernah berada disamping mereka pada masa lalu.

Namun, tidak semua orang senang dengan kebahagiaan yang dikecapi diri sendiri pada saat ini. Pastinya, mereka ini akan berusaha untuk menghancurkan kehidupan yang dibina dari usaha dan hasil titik peluh diri sendiri.

Senario di atas telah dialami sendiri oleh seorang Instafamous Beby Tora Tora yang terkenal dengan review makanan di laman Instagram. Semalam Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, telah memuat naik sebuah komen yang berbaur dengki terhadap kebahagiaan rumah tangga yang didirikan bersama suaminya.

View this post on Instagram

wktu kami tunang dulu ,ada prmpuan merangkap ex suami mendoakan supaya kami ni tak jdi nak kahwin ..dia siap bgtau prngai suami ni mcmna dlu ..😅pastu skrang tirah dh kahwin dh bahagia dh pun …masih ada ex yang mendoakan yang tidak baik ye…huhu tirah dngn ex tirah baik ja .takda pun mendoakan dia putus tunang bagai 😅sbb tirah rasa masing2 dh ada life sndiri kan ..haih lainkan kau sbagai ex masih sendu 🙂 takpa la .nak ckap psai suami tirah buruk ka apa ka ,tak prlu mengaibkan orang lain pun ..dia tetap suami tetap syurga tirah skrang and dia suami yg baik …yang lain tirah tak heran ..klau nak duit ,dh lama suami tirah duk rumah goyang kaki takpayah kerja ..duit dia niaga pun dia simpan kat tirah tau hahahaha !!!!!!!jdi prempuan biar la prngai yang helok ye ..prmpuan ni special tau ..haiyooo mu ada brapa ex eh ? @apit_johari hahahaha smua pesyen dengki ngan mu ka

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

Komen tersebut telah ditulis seorang wanita yang didakwa merupakan bekas kekasih kepada suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari. Lebih kejam, komen tersebut menyatakan bahawa suami Beby Tora ini mengahwininya hanya disebabkan oleh wang, hasil dari titik peluh Beby Tora.

Bahkan, jelas Beby Tora lagi perkara ini bukan pertama kali berlaku dalam dirinya. Semasa mengikat tali pertunangan bersama suaminya, ada juga segelintir gadis di luar sana mendoakan agar hubungan mereka tidak berkekalan dan putus ditengah jalan.

Namun, perkara ini dihadapi oleh Instafamous ini dengan tenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada suaminya sehingga kini. Malah, dia juga mengatakan suaminya merupakan seorang suami yang sangat baik dan tetap berusaha sendiri untuk menjadi ketua keluarga yang sempurna.

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   Anwar Ibrahim Hantar Surat Kepada Ahli Parlimen Lain Untuk Solidariti Mohon Batalkan Darurat Kepada Agong