Gadis Kongsi Beli Baju “Bundle” Ada Kesan Darah, Pelik Kerap Diganggu, Rupanya Ustaz Dedahkan Punca “Benda” Datang

Pakaian bundle bukan lagi perkara asing bagi rakyat Malaysia. Malah harus diakui ianya juga mempunyai pengikut tersendiri.

Dengan harga yang murah dan kualiti baju yang tinggi serta brand yang bukan-bukan calan-calang, perniaggan menjual baju-baju terpakai yang kebanyakannya diimport dari negara maju ini begitu menarik perhatian ramai.

Trend ini menyebabkan lahirnya lambakan kedai bundle yang boleh di lihat dimana-mana terutamanya di night bazaar seperti Uptown dan lain-lainya.

Namun disebalik kisah-kisah menarik mengenai pakaian bundle ini, seorang gadis berkongsi pengalamannya yang berbeza selepas pulang dari membelinya.

Menerusi Twitter, gadis ini @Billiesya telah berkongsi kisah seram yang menimpa seorang rakannya selepas membeli sehelai hoodie dari sebuah kedai bundle di Raub Pahang

Beli hoodie dengan kesah darah

Menurut wanita ini, Jaket berhud yang dibeli rakannnya itu memang cantik namun terdapat kesan seperti darah di tepi bahagian tengkuknya.

Seperti yang dijangkakan, kesan merah tersebut berjaya dicuci selepas mereka pulang kerumah malah rakannnya telahpun mengenakan jaket tersebut tanpa sebarang masalah.

Sehinggalh satu hari dia termpimpi satu perkara aneh didatangi seseorang yang berkata “Aku nak barang aku”

Kejadian berulang selama seminggu

Kejadian berkenaan berulang selama seminggu. Tidak mampu menahannya si gadi si gadis kemuan memberitahu hal berkenaan kepada ibunya sebelum si ibu bertindak membawa kawannya itu bertemu seorang ustaz.

Ustaz tanya ada beli barang dari kawan-kawan atau kedai pelik?

Sewaktu bertemu dengan ustaz tersebut, rakannya disoal sama ada pernah terbeli barang-barang dari rakan atau dari sebarang kedai-kedai unik.

Artikel Berkaitan   “Orang Suruh Kau Jaga Dia Bukan Cabul Dia” Lelaki Ini Mencabul Kanak-Kanak Perempuan Yang Juga Anak Tirinya

Lepas seketika Billiesya teringat yang rakannya ada membeli hoodie dari kedai bundle lantas memalumkan kepada rakannya.

Beritahu pada ustaz, ustaz suruh jumpa owner kedai

Mengikuti saranan ustaz mereka kemudian bertemu dengan pemilik kedai tersebut. Dia yang pada mulanya enggan memberitahu bagaimanapun terpaksa berterus terang memandangkan ustaz berkenan turut hadir bersemuka bersama

Baju milik orang yang meninggal kemalangan.

Rakannya pulang kan baju

Begitu terkejut sehingga mengalami kesukaran tidur selepas mengetahui kisah mengenai pemilik asal jaket berkenaan, rakan Billiesya kemudiannya memulangkan baju berkenaan.

Dia bagaimanapun memerlukan masa seminggu untuk benar-benar pulih dari gangguan

Semenjak kejadian tersebut, rakannya tidak pernah lagi membeli pakaian bundle.

kredit buzzkini