Kerap minum kopi hidup lebih sihat berbanding mereka yang tidak minum kopi? Betul Ke?

Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih sihat dan berbanding mereka yang tidak minum kopi Kopi memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengubah pelbagai budaya meminum minuman panas di serata pelusuk dunia.

Lebih dikenali sebagai ‘kopi’ di Malaysia, minuman ini pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Tidak seperti negara lain yang menggunakan kaedah bru, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain.

Tidak kiralah samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte tanpa lemak dengan lelehan caramel sebagai hiasan di Starbucks, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari. Namun persoalannya adalah: adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk untuk anda?

  1. HIDUP LEBIH LAMA

Kajian pertama, yang diterajui Agensi Antarabangsa Bagi Kajian Terhadap Barah (IARC) dan Kolej Imperial London, menyelidik lebih 500,000 penduduk di 10 negara Eropah.

Mereka yang meminum kopi sekitar tiga cawan sehari hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Ini disifatkan para pengkaji sebagai analisis terbesar kesan meminum kopi dalam penduduk Eropah.

  1. KURANG RISIKO PENYAKIT JANTUNG, KENCING MANIS & BARAH

Kajian kedua pula termasuk lebih 180,000 peserta pelbagai latar belakang di Amerika Syarikat. Ia mendapati kopi menyebabkan seseorang itu hidup lebih lama dan mereka kurang berisiko mengalami penyakit jantung, barah, angin ahmar, kencing manis dan penyakit pernafasan dan ginjal.

Mereka yang meminum secawan kopi setiap hari 12 peratus hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Mereka yang meminum dua atau tiga cawan pula 18 peratus hidup lebih lama.

  1. MINUM KOPI DAPAT MENCEGAH STROK & PENYAKIT SARAF
Artikel Berkaitan   Ini Sebabnya Anda Perlu Bertukar Daripada Pakai Garam Biasa Kepada Garam Bukit. Baca Ini Anda Akan Faham!

Kajian yang diterbitkan oleh American Heart Association (Persatuan Jantung Amerika) mendapati, minum satu cawan kopi sehari mengurangkan risiko serangan strok.

Minum kopi membantu mencegah penyakit-penyakit saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mempunyai risiko sebanyak 65 peratus lebih rendah terkena demensia, Alzheimer dan Parkinson.