Gara-Gara Tersalah Dail, Polis Datang Ke Rumah Dan Menemui Benda Yang Tidak Disangka-Sangka

Seorang lelaki berusia 73 tahun ditahan selepas tersilap menghubungi 911 untuk mendapatkan maklumat.

Warga tua yang tinggal di Chebogue, Nova Scotia dilaporkan mahu membuat panggilan ke 411 dan memberitahu operator bahawa dia tersalah dail tetapi polis pergi ke kediamannya untuk membuat pemeriksaan.

Ketika itulah, polis menemui 100 senjata api iaitu 94 senapang dan enam pistol.

Polis Diraja Kanada berkata semua senjata itu dimiliki secara sah, tetapi tidak disimpan dengan baik.

Semua senjata dirampas dan lelaki itu ditahan kerana tidak menyimpan senjata api dengan selamat.

“Ia adalah perkara yang luar biasa bagi kami untuk mengetahui sesuatu yang berbeza apabila tiba di lokasi.

“Senjata itu diletakkan secara terbuka di seluruh rumah. Sebaik sahaja anggota kami masuk ke dalam rumah dengan kebenarannya, kami dapat melihat senjata itu,” kata jurucakap polis Nova Scotia, Jennifer Clarke kepada AFP.

Lelaki itu yang dirahsiakan namanya sudah dibebaskan dan dihadapkan ke mahkamah pada 5 Oktober ini.

Artikel Berkaitan   Sebenarnya Si “Oyen” Dengan “Bulus” Tahu Nama Mereka Sendiri, Kadang-Kadang Dorang Buat Tak Tahu Je