Guna Pastri Segera Jer,Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell

Seronok juga kalau dapat makan puff sardin kan. Cara nak buat pun mudah. Korang follow je resepi puff sardin kat sini.


Simple dan tak guna bahan yang banyak pun dalam penyediaannya. Guna pastry segera lagi mudah! Terus rasa macam makan puff kat bakery.

Min kalau setiap kali pergi stesen minyak Shell, wajib beli puff sardin untuk dipadankan dengan costa coffee.

Tapi, bila tahu ada cara paling mudah nak buat. Rasa rugi pula kalau tak cuba kan.

Makan panas-panas baru syok! Korang nak tukar apa jenis inti yang korang suka pun boleh.

Resepi puff sardin ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna iaitu Mastura Razali.

Mudah sangat untuk korang follow sebab resepi ni jelas dan mudah nak faham. First time baking pun boleh buat.

Jom kita cuba!

Resipi Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell

Bahan-bahan:

  • Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)
  • Sardin
  • Bawang putih
  • Bawangholland
  • Cili
  • Garam
  • Gula
  • Kuning telur

Cara-cara penyediaannya:

Inti Sardin:


1. Mula-mula hancurkan sardin.

2. Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.

3. Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!


Puff Sardin:


1. Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti.

2. Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.

3. Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.

4. Tabur pasley, kalau takde abaikan je.

5. Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!

Sedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni.

Beli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.

Selamat mencuba!