Peti Ais Tak Sejuk, Kalau Korang Panggil Orang Repair Kena Cas RM200 Kalau Buat Sendiri RM5 Je. Ini Caranya

Setiap barangan elektrik pasti ada jangka hayatnya. Jarang sekali peralatan seperti ini akan rosak 100% sebaliknya ia memerlukan basic service untuk kembali ke kondisi asal


Sama juga seperti peti ais, dimana kerosakan pada komponen seperti defrost thermost thermostat atau defrost sensor akan menyebabkan peralatan elektrik ini menjadi kurang sejuk terutama pada bahagian sedangkan pada bahagian sejuk beku semuanya berfungsi seperti biasa.

Menerusi Facebook seorang lelaki Jannatun Naim berkongsi kepada orang ramai cara untuk melakukan basic servis bagi menangangi masalah ini.

Di bawah kami senaraikan tips dan langkah tersebut seperti yang dikongskan oleh Jannatun Naim.

Selain itu pastikan anda ikuti beberapa langkah keselaman dan sediakan beberapa alatan sebelum memulakan kerja DIY ini.

  1. Tutup suis peti ais ( penting!)
  2. Screwdriver Phillip
  3. Cable Tie
  4. Defrost Thermostat
  5. Shrink Tube / Elektrikal Tape
  6. Hair Dryer (Optional)

Punca tidak sejuk

Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.

Cairkan ais yang terkumpul

Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu

Cari dan ganti sensor

Ok.. Dah cair perasan x bnda tiub warna pink tu,, haaa tu la sensor tu…, potong cable tie tu.. Tarik keluar sensor tu


Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.

Ok macam ni.

Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru

Potong wire yang asal tu, pastu sambung pada yang baru, jangan risau tak ada polarity. Bubuh ja ikot suka hampa. Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.

Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye. Guna kable tie, ikat balik kemas-kemas, supaya tak bergerak-gerak. Tutup balik cover. Ha siapla senangkan.

P/S : Yang tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse, macam fius biasa untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ni auto untuk cairkan ais (defrost heater) yang terjadi masa compressor off.

Penah x tiba2 peti sejuk kat atas beku, tp kat bwh x sejuk pon,, xpon atas bawah kurang sejuk, jd sy nk kongsi sikit,…

Posted by Jannatun Naim on Selasa, 14 April 2020

kredit buzzkini